Salam . Maybe ada yg pelik untuk tajuk kali ni , tp aq rase tjuk ni best :) ( bg aq la ) . Hope korang pon enjoy baca post aq kali ni . :)
Apa yg korang tau pasal akal ? Mestilah orang akan fikir akal itu dgunakan untuk berfikir . :) That's right . :) tp byak lagi perkara yg kita tidak tahu pasal akal . Manusia menjadi makhluk yang mulia di kalangan makhluk ciptaan Allah kerana manusia mempunyai akal . Waahh ! Amin . Kita wajib bersyukur . :)
Dalam al-Quran , Allah berfirman tentang kemuliaan darjat manusia yg dkurnikan akal . Firman Allah yg brmaksud :
" Dan sesungguhnya telah kami muliakan anak-anak Adam , Kami angkat mereka di daratan dan di lautan , Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan kami lebihkan mereka dengan kelebihan yg sempurna ke atas kbanyakan makhluk yg tlah kami ciptakan . " ( al - Isra' ayt 70 )
Tetapi mngapa kbayakan manusia tidak menggunakan akal yg diberi dengan sebaiknya ? Tetapi menggunakan akal yg dberi untuk memikirkan tentang perkara yg sebaliknya ? Malah mendtangkan dosa kpada diri sendiri . Dan mengapa ada sesetengah manusia yg tidak menggunakan akal untuk memikirkan kesan buruk jika mengikut hawa nasu dan perasaan ?
" Berfikir sesaat itu lebih baik drpada bribadah sunat setahaun " ( HR Ibnu Hibban )
" Wahai Abu Zar , tidak dnamakan sseorang itu berakal jika akalnya tidak digunakan untuk berfikir dan yidak ada usaha yg dianggap brmanfaat melainkan brakhlak mulia " ( HR Al - Baihaqi & Ibnu Hibban )
Dalam hadis lain Nabi saw ,
" Tidak ada usaha yg lebih utama oleh seseorang sprti keutamaan akal . Akallah yg mmbantu mmberi petujuk kpd orang yg mmilikinya agar terselamat daripada kehinaan . Tidak sempurna iman dan tidak tertegaknya agama pada diri seseorang sebelum sempurna akalnya . " ( Riwayat Ibnu Mahbar dari Umar r.a )
Jika kita tidak menggunakan akal untuk mandapatkan iman , membina agama dan mmbentuk akhlak yg mulia dalam diri , maka manusia tersebut dibimbangi akan tergolong dan diibaratkan lebih hina daripada haiwan , seperti firman Allah yg brmaksud :
" Dan sesungguhnya Allah akan isikan di dalam neraka jahanam itu sebahagian daripada golongan jin dan manusia , mereka itu mmpunyai hati , tetapi tidak mahu memahami ayat-ayat Allah . Mereka mempunyai mata , tetapi tidak mahu melihat tanda-tanda kekuasaan Allah . Mereka mempunyai telinga , tetapi tidak mahu mendengar ayat-ayat dan nasihat Allah . Mereka itu tidak ubah seperti binatang , bahkan lebih sesat lagi . Mereka itulah orang-orang yang lalai . " ( Surah Al - A'raf : 179 )
Selain itu , sabda Rasullulah saw maksudnya ,
" Orang yg paling sempurna akalnya di kalangan kamu ialah orang yg paling takut kepada Allah dan amat mengambil berat tentang perintah dan larangannya , walaupun pada zahir dan pandangan kamu dia sedikit melakukan amalan sunat . " ( Riwayat Ibnu Mahbar dari Abi Qatadah )
Maka , renung2 kan lah dalam diri kita . Wallahualam . :)
Akhir sekali , juz for sharing :) Akal kiata mempunyai 10 bahagian :
Dari A'isyah r.anha bahawa dia berkata :
" Akal itu ada 10 bahagian . 5 bhagian nampak secara lahiriah dan 5 bhagian lagi tidak nmpak secara ( batiniah ) . "
5 yg nampak :
1. Diam
2. Sabar
3. Tawadhu' ( merendah diri )
4. Mengingatkan diri untuk berbuat baik serta melarang berbuat mungkar
5. Berbuat amal kebajikan
5 yg tidak nmpak :
1. Berfikir
2. Memberi contoh / pengajaran
3. Menganggap dosa sebagai masalah besar
4. Takut kepada Allah
5. Merendahkan hawa nafsu serta mampu mengalahkannya .
Oleh itu , kita sebagai manusia perlulah bersyukur kerana kita dijadikan makhluk Allah yg mempunyai darjat yg istimewa dengan dikurniakan akal . Kita juga perlulah menggunakan nikmat yg diberi ( akal ) dengan betul dan sebaiknya . Okay that's all for today . :) Salam
p/s : Untuk peringatan bersama . :) Saya juga memberi peringatan kepada diri saya . :)
No comments:
Post a Comment